Perlindungan & Pelaburan Unit AMANAH
Untuk Keperluan Masa Depan Anda
Perunding Takaful
Dan
Pelaburan Unit Amanah
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua. Nama saya Nurul Dianah Bt Mohd Shukri. Saya merupakan seorang Perunding Kewangan yang bergiat aktif dalam bidang Takaful dan Unit Amanah. Saya mewakili syarikat AIA Takaful. Saya juga turut mewakili syarikat Pelaburan Unit Amanah sebagai Perunding Unit Amanah.
Saya mula melibatkan diri di dalam industri Takaful lebih dari 5 tahun dan telah berkhidmat untuk lebih dari 100 orang pelanggan dari pelbagai latar belakang dah kerjaya.
Penglibatan saya dalam bidang sales apabila saya berhijrah dari syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia pada tahun 2014 sebagai customer service kepada sektor bank di salah sebuah Bank International di Malaysia sebagai telemarketer insurans.
Pengalaman didekati agent Takaful kali pertama secara tidak sengaja, menjentik satu kesedaran dalam diri saya tentang ilmu pengetahuan pengurusan kewangan takaful. Pada mulanya saya melibatkan diri kerana ingin memahami tentang ilmu takaful dan insurans, Setelah memahami tentang isu ketidakpatuhan insurans yang saya jual di syarikat lama pada ketika itu,menyebabkan saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.
Penglibatan saya dalam bidang takaful secara part time hanya lah 2 bulan sahaja. Sejurus selepas itu bermula pada bulan October 2014, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi agent sepenuh masa. Pada ketika itu komisen takaful saya hanya RM50 kerana masih baru jadi agent. Tapi Alhamdullilah, Allah memudahkan sepanjang urusan saya dalam penglibatan dalam bidang ini.
Saya melihat untuk membantu menaikkan ekonomi islam, maju lagi setapak dalam bidang unit amanah. Satu bidang yang sangat menguja hati saya
Terima kasih kepada yang menyokong usaha saya untuk maju ke hadapan


Dapatkan Sebut Harga dan Penerangan Percuma
Isikan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga takaful dan penerangan pelaburan unit amanah secara percuma. Saya akan terus berhubung dengan anda untuk memberikan maklumat lanjut secepat mungkin.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perlindungan Nyawa
Menggantikan pendapatan yang hilang disebabkan kehilangan pendapatan akibat hilang upaya penuh kekal mahupun sakit kritikal.
Juga membantu pewaris di saat pencari nafkah meninggal dunia
Kad
Perubatan
Kad Perubatan adalah perlu untuk menanggung kos rawatan di dalam hospital.
Dengan adanya Kad Perubatan mampu milik yang melindungi sehingga 4 orang anak .
Pelaburan Unit Amanah
Merupakan instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan yang menguntungkan di antara 10-13%
Insurance Kenderaan
Perlindungan insurans kereta dapat meringankan beban kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan anda
Artikel Terkini
Testimoni Pelanggan Takaful

