Pelan Takaful Ikhlas Malaysia

Tips Memilih Medikal Kad Terbaik

Ramai yang fikir apabila melanggan takaful ianya adalah medikal kad. Ada yang tahu tetapi mungkin masih belum faham dengan teliti. Sebenarnya takaful mempunyai dua jenis iaitu pelan medikal kad dan pelan perlindungan nyawa.

Medikal kad digunakan untuk menanggung kos rawatan di dalam hospital tanpa menanggung kos rawatan yang besar. Takaful perlindungan nyawa pula anda akan di bayar pampasan tunai mengikut manafaat yang di langgan.

Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut, ingin saya kongsikan tentang 7 perkara yang harus di pertimbangkan tentang medikal kad.

Berbeza pula dengan pampasan atau insurans nyawa. Anda akan dibayar cash dan sangat membantu di saat anda sudah kehilangan pendapatan disebabkan sakit berterusan dan disaat anda sudah meninggal dunia.

1. Had Tahunan

Had tahunan adalah had yang ditetapkan oleh syarikat takaful dalam tempoh setahun yang boleh digunakan. Contoh jika had tahunan kad perubatan adalah RM100,000, pemegang polisi hanya boleh guna sehingga RM100,000 sahaja dan jika kos rawatan melebihi had tahunan perlu tambah duit sendiri.

Contoh kos rawatan RM150,000
Had tahunan RM100,000
Pemegang polisi perlu membayar RM50,000

Tetapi di Takaful Ikhlas satu satunya medikal kad yang tiada had tahunan dan termurah di pasaran

2. Had Seumur Hayat

Perlu di ambil kira dan tahu jumlah had seumur hayat sepanjang tempoh polisi berkuat kuasa. Dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, maka had seumur hayat adalah penting.

Ada pelan medikal kad yang tiad had tahunan tetapi mengunakan had seumur hayat sebagai had paling maksimum sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa.

3. Ko-Takaful dan Ko-Payment

Ko-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

Contoh jika total bil RM10,000, client dikenakan bayaran ko-takaful sebanyak RM1,000.

Ko-payment pula adalah bayaran bersama jika peserta upgrade bilik melebihi had harian yang dibenarkan kerana keselesaan.

Contoh jika had harian bilik adalah RM 150 dan upgrade bilik RM250. berada di hospital selama 5 hari. Masuk ward RM500 dan bil-bil lain jumlah RM7000.

Perbezaan bilik darab bilangan hari

(RM100 X 5 hari = RM500 + 10% dari bil bil lain)
RM500 + RM700 = RM1200

Akan tetapi Ko-Payment yang ditetapkan oleh Takaful Ikhlas adalah maksima RM3,000 sahaja untuk penyakit berbeza dalam tahun yang sama sekiranya bil rawatan melebihi 10% dari had seumur hayat.

4. Standalone atau rider 

Standalone medikal kad merupakan medikal kad yang tiada simpanan dan tiada manafaat tambahan lain. Kelebihanya lebih murah berbanding medikal kad rider.

Ia amat sesuai untuk individu yang ada kesedaran tentang takaful dan berpendapatan rendah. Kelemahan medikal kad standalone jika berlakunya sakit kritikal, bayaran perlu diteruskan supaya polisi medikal kad boleh terus digunakan.

Medikal kad rider merupakan medikal kad yang ada nilai simpanan dan ada manafaat tambahan yang lain seperti manafaat kematian atau lumpuh, elaun hospital, pampasan sakit kritikal dan pengecualian sumbangan. Kelebihan disini terdapat banyak manafaat cash yang diperolehi. Contohnya jika dimasukan ke hospital kos rawatan di tanggung oleh medikal kad dan diberi elaun harian. Peranan pengecualian sumbangan (waiver) adalah dikecualikan bayaran jika peserta menghidap sakit kritikal.

5. Tempoh menunggu

Selepas polisi berkuatkuasa, medikal kad mempunyai tempoh menunggu. Tempoh menunggu untuk kegunaan kemalangan, sakit biasa atau kes yang major seperti sakit kritikal atau operation yang perlu di masukkan ke hospital.

Medikal kad Takaful Ikhlas ada 3 iaitu jika berlaku sakit kritikal tempoh menunggu 120 hari, jika minor kes seperti rawatan biasa tempoh menunggu 30 hari manakala bagi kes kemalangan tiada tempoh menunggu.

6. Hospital Panel

Setiap kad perubatan mempunyai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan perubatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang sangat minima agak mustahil boleh dapat rawatan di hospital bertaraf bintang sebagai panel.

7. Deposit Kemasukan

Ianya adalah di antara client dengan pihak hospital panel. Ada setengah takaful akan cover sedikit setiap kali client di masukkan ke hospital. Contoh hospital tetapkan RM500 untuk warded, selepas discharge client cuma dapat semula pulangan sebanyak RM200 setiap kali kemasukan. Selebihnya tidak dipulangkan.

Ada juga deposit dapat nilai seratus peratus selepas keluar dari hospital. Itu semua bergantung kepada pelan medikal kad yang di ambil.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak mendatangkan manafaat kepada anda semua. Untuk maklumat lanjut, anda bole terus berhubung dengan saya.


Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *