Medikal kad vs Penggantian Pendapatan

Antara kad perubatan dan pengantian pendapatan yang mana sepatut di utamakan?

Sebenarnya kedua duanya sangat penting. Namun begitu, majoriti berfikir tentang takaful terus terfikir majoriti ianya adalah kad perubatan. Bagus sebenarnya dan menunjukkan orang ramai telah mula sedar pentingnya memiliki takaful.

Namun, ada juga yang masih keliru dan langsung tidak tahu tentang peranan medikal kad dan juga takaful pampasan tunai. Mari saya jelaskan.

Medikal kad atau kad perubatan digunakan apabila seseorang perlu membuat rawatan di hospital swasta. Sedia umum tahu yang kos rawatan perubatan selalu meningkat setiap tahun. Seperti tahun yang lalu ialah 11.7% setiap tahun dan saban tahun makin meningkat.

Punca kos rawatan perubatan meningkat disebabkan oleh peralatan perubatan yang canggih dan termoden dalam merawat pesakit. Jika dahulu doktor hanya gunakan x-ray untuk diagnosis sakit tapi pada hari hanya menggunakan MRI, imej di tunjukan lebih jelas dan detail.

Dengan adanya kad perubatan, kos rawatan di tanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful. Walau bagaimanapun harus di ingatkan bahawa kad perubatan tidak berperanan untuk tanggung keperluan harian seperti sewa rumah,utiliti harian, komitmen bulanan dengan bank dan sebagainya yang memerlukan cash harian untuk tampung kehidupan harian.

Jadi perlunya kita tahu mempunyai pelan pampasan takaful ataupun penggantian pendapatan adalah penting.

BAGAIMANA PELAN PAMPASAN INI BERFUNGSI ?

Di saat kehilangan punca pendapatan disebabkan ditimpa musibah seperti sakit. Maka takaful pampasan ini yang menjadi penyelamat. Ia membantu dari segi pembayaran bil rawatan susulan, ubat ubatan, kos kehidupan harian dan apa apa sahaja yang memerlukan tuan/ puan memerlukan cash harian untuk hidup.

Sebilangan syarikat takaful akan membayar pampasan takaful kepada peserta setelah di timpa kematian,lumpuh, sakit kritikal dan sebagainya.

Jumlah pampasan akan di bayar berdasarkan manafaat yang di ambil oleh peserta takaful. Seandainya tuan / puan telah memiliki satu kad perubatan, boleh lengkapkan dengan pelan pampasan takaful. kerana keduanya sangat penting.

Sekiranya kemampuan belum ada untuk memiliki pelan comprehensive atau pelan lengkap ini boleh beri keutamaan kepada takaful pampasan. Ini disebabkan oleh kerajaan masih menyediakan hospital kerajaan untuk membuat rawatan kepada semua. Namun pelan pampasan wajib ada sekurang kurang satu polisi.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *