Persiapan Sebelum Melabur Dalam Unit Amanah

Sebelum melabur dalam unit amanah, perlu benar benar faham mengetahui maksud unit amanah.

Unit Amanah ialah wang daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam kuantiti besar.

Pengurus dana akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospect serta pulangan terbaik.

Selepas kenal dan faham tentang unit amanah, antara yang perlu tahu adalah tentang:

KENAL PASTI RISIKO.

Pelaburan ada klasifikasi risiko. ada jenis pelaburan risiko tinggi, sederhana dan tinggi. semakin tinggi risiko pelaburan, semakin tinggi potensi pulangan dan juga kerugian pelaburan.

Sekiranya anda tidak mahu mengambil risiko dalam pelaburan, unit amanah bukan tempat yang sesuai. mungkin boleh pilih pelaburan lain seperti emas ataupun simpan sahaja di bank.

Berbeza dengan pelaburan saham di mana tahap risiko sangat tinggi. pelabur berpotensi capai keuntungan 30 peratus sehari tetapi perlu berdepan dengan risiko kerugian 30 % dalam masa sehari.

Berbeza dengan Unit Amanah tahap risiko pelaburan adalah sederhana. Namun dalam pelaburan Unit Amanah juga ada yang berisiko rendah, tinggi dan sederhana. Ia bergantung kepada objectif dana berkenaan.

2. Modal Pelaburan

Ada yang menetapkan modal minima yang boleh di keluarkan untuk melabur serendah RM100 ,RM1000 dan juga memerlukan jumlah yang lebih tinggi/

Konsep di dalam Unit Amanah ni adalah apabila membuat pelaburan, pelabur akan mendapat unit belian mengikut jumlah modal yang di keluarkan. Jumlah unit yang di perolehi adalah mengikut kepada harga semasa.

Apabila waktu harga unit rendah, pelabur di galakkan unit tambah unit belian mengikut kepada cadangan portfolio consultant unit amanah.

3. Bandingkan Prestasi Dana

Sebelum melabur, pelabur perlu ambil tahu tentang prestasi dana yang mahu dilaburkan. prestasi 5 tahun, 3 tahun sebelumnya .

4. Berdaftar dengan Suruhajaya Sekuriti.

Pada hari, banyak institusi pelaburan wujud seperi cendawan yang tumbuh selepas hujan yang menawarkan pulangan yang tinggi kadang tak masuk akal. Maka sebelum membuat keputusan untuk melabur, pelabur perlu pastikan yang consultant berkenaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

SC merupakan sebuah badan berkuasa yang mengawal selia semua jenis pelaburan di Malaysia. semua produk unit amanah mesti berdaftar di bawah SC.

Tanpa pengetahuan yang betul ,maka boleh terjerat dalam skim -skim penipuan yang terdapat di Malaysia. semakan sah perlu dibuat dengan menghubungi SC di talian 03-62048000 minta sambungkan ke Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau layari web SC di www.sc.com.my.

5. Dana Unit Amanah Yang Patuh Syariah

Sebagai seorang Islam adalah harus memilih instumen pelaburan yang patuh syariah. Ini bagi memastikan pelaburan tersebut adalah halal.

Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur- unsur riba, judi ataupun ketidakpastiaan.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *