Pencen Hilang Upaya Bagi Kakitangan Kerajaan

Ramai yang tidak tahu atau ambil cakna tentang Pencen Hilang upaya bagi kakitangan kerajaan dan ada yang beranggapan mereka tidak perlu memiliki takaful di sebabkan ada pencen dan kos rawatan di tanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

Pencen Hilangupaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:

(i) Kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasminya;

(ii) Penyakit yang dihidapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau

(iii) Kemalangan dalam perjalanan; dengan syarat kecederaan atau penyakit bukan disebabkan oleh kecuaian atau salahlaku anggota tersebut.

Kadar pencen hilangupaya yang boleh dibayar adalah mengikut darjah kecacatan seperti berikut:

1.Tercacat sedikit 1/8 daripada gaji akhir hakiki

2.Tercacat Ā¼ daripada gaji akhir hakiki

3.Tercacat pada matannya 3/8 daripada gaji akhir hakiki

4. Musnah sama sekaliĀ½ daripada gaji akhir hakiki

5. Pencen Tanggungan;Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat:

(i) anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas; dan

(ii) kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *