AIA PUBLIC TAKAFUL BHD

AIA Public Takaful Bhd (AIA PUBLIC TAKAFUL) dimiliki secara bersama oleh AIA Bhd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (sebuah anak syarikat milik penuh PBB).

Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan AIA dan Kumpulan PBB sebagai peneraju serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan penembusan Takaful Keluarga dalam pasaran domestik.