HIBAH TAKAFUL

Hibah Takaful bermaksud pemberian sebagai hadiah yang di buat oleh peserta takaful yang di buat secara sukarela kepada pihak ketiga. penerima hibah takaful akan dapat manafaat tersebut dari pengendali takaful selepas peserta tersebut meninggal dunia.

Sebagai orang islam, pembahagian harta pusaka yang di tinggalkan akan diuruskan secara Faraid tetapi disebabkan ada waris waris yang tidak bersetuju dengan keputusan faraid oleh ahli waris, proses yang mengambil masa yang lama,terdapat kos pengurusan yang perlu di keluarkan. Maka di bolehkan dalam islam, Hibah Takaful ni  dilaksanakan untuk memudahkan pengurusan harta pusaka dan memastikan waris yang di tinggalkan terjamin.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PESERTA HIBAH TAKAFUL?

Sesiapa sahaja boleh menjadi peserta takaful terutama bagi pencari nafkah utama iaitu suami atau anak yang sudah dewasa yang menanggung ibu bapa sebagai hadiah kasih sayang kepada mereka apabila anda sudah meninggal dunia.

Penerima Hibah takaful juga tidak terhad kepada ahli keluarga tetapi kepada sesiapa sahaja. bagi pasangan yang mempunyai anak angkat bukan dari kalangan keluarga dan juga tiada hak tuntutan faraid di bolehkan untuk jadi penerima hibah. 

Rancang dan lindungi masa depan keluarga tersayang

Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang. Mulakan perancangan legasi anda hari ini melalui proposisi Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh daripada AIA PUBLIC Takaful yang sentiasa bersama anda sekeluarga di setiap perjalanan hidup